Anyway, sekarang tengah hot dengan video di Facebook (atau kat news feed aku) yang memaparkan kuasa kalimah Bismillah (atau bacaan Basmalah). Video tu menunjukkan seekor kambing yang boleh di'pengsan' kan dengan membaca kalimah suci tersebut. Boleh juga kedengaran orang yang membacanya dan aksi kambing tersebut keras kejung AKA terpaku seketika. Penonton akan membuat kesimpulan bahawa kalimah suci itu mampu membuatkan seekor kambing pengsan.
Screencap dari newsfeed Facebook aku
Harap maaf link video tak dapat disiarkan sebab aku tak reti link video Facebook. So korang semua kena pandai-pandai cari lah kat Youtube.
Well, selepas aku tengok video ni, aku teringat yang aku pernah tengok video yang hampir sama, minus bacaan Bismillah. Korang boleh refer video ni:
Anyway, fenomena kambing pengsan ni dinamakan "Fainting Goat" dan laman wikipedia ada artikel khas yang korang boleh baca di sini.
Apa yang nak aku komen kat video 'the power of Bismillah' tu adalah aku perasan yang suara orang baca Bismillah tu tak masuk dengan video. Tak natural. Dengar macam diedit masuk ke dalam video. Yang tukang pegang kambing tu pun memang nampak sangat Mat Salleh.
Aku bukan nak menafikan kuasa kalimah Allah pun tapi kadang-kadang aku terfikir. Kenapa banyak sangat video yang diedit untuk menunjukkan kuasa luar biasa elemen-elemen dalam Islam. Sebelum ni ada video yang kononnya malaikat turun ke Kaabah dan bermacam lagi. Semuanya jelas nampak edited.
Kenapa perlu edit. Bohong itu berdosa kan. Kalau nak mention tentang kebesaran dalam Islam, kita perlulah jujur. Bukan aku nak kata kita ni sebenarnya takde kuasa tapi kita mesti jujur. Kepercayaan tu adalah atas macam mana cara kita nak meyakinkan orang ramai berdasarkan hujah-hujah yang kita boleh ambil rujukan al-Quran dan Hadis ataupun sumber-sumber lain yang dibenarkan, bukannya dengan cara mengedit video. Kalau orang non-muslim perasan yang video ni edited, macam mana nak buat mereka ni percayakan kredibiliti penganut Islam?
Imej Muslim dah banyak tercalar sebab pengebom berani mati di Timur Tengah.
Jangan calarkan lagi.
-Syah Indra-

0 comments:
Post a Comment