Jumaat, 9.37 malam..
Siang tadi aku sepatutnya pergi ke Postgraduate Fair di Midvalley, tapi aku bantai tido..
Sekarang aku meniarap je atas tilam dan menulis blog personal yang aku yakin beberapa kerat je yang baca..hahaha..
Fikiran masih memikirkan apa keputusan yang sesuai. Keputusan muktamad yang aku baru buat adalah stay di Kuala Lumpur.
Keputusan kedua yang masih aku tak dapat putuskan adalah memilih sama ada hendak bekerjaya ataupun menyambung pelajaran secara serius. Bekerjaya adalah satu matlamat yang boleh dikatakan 'wajib' kalau tinggal di Kuala Lumpur yang serba mahal ni. Kalau takde duit, mampus.
Menyambung pelajaran adalah matlamat aku sebab aku masih tak puas belajar dan menyumbang kepada ilmu. 4 tahun di Universiti Malaya tu terlalu singkat bagi aku.
Kalau aku nak sambung pelajaran, aku perlukan kerja part-time. Kerja part-time tu la yang masih tak kunjung tiba.
Aku harap apa-apa keputusan yang aku buat adalah yang terbaik.
Memang inilah lumrah orang yang semakin dewasa. Berfikir.
-Syah Indra-
0 comments:
Post a Comment