Sunday, September 4, 2011

Dilema Pra-graduasi

Baru lepas waktu maghrib. Malam semakin gelap. Aku masih tak dapat kerja. Alah bukan takde rezeki, aku sendiri yang malas nak cari kerja. Lepas belajar ni, aku rasa macam disoriented sikit. Tak tahu nak buat apa. Kawan aku pun ada yang dah dapat kerja. Sementara aku masih belum konvo, aku rasa nak kerja tapi tak tahu lagi nak buat apa.

Gila dilema. Aku nak cari kerja yang berlatar belakangkan bidang akademik. Jadilah tutor ke, pengajar ke, pensyarah sambilan ke, yang penting aku tak nak kerja pejabat atau marketing. Kerja yang ramai orang dapat tikam belakang kita. Aku tak suka politik yang berlebihan di tempat kerja.

Pelik kan, sejak dulu aku berkobar-kobar nak cari kerja yang bagus-bagus. Bila dah habis belajar, aku rasa macam berlengah, hesitated untuk sambung cari rezeki. Gila dilema. Selagi tak kita berhadapan dengan situasi macam ni, kita takkan faham betapa susahnya nak buat keputusan untuk cari kerja yang sesuai. Dalam mencari pengalaman pun, kalau kerja yang kita pilih tu tak menepati apa yang patut ditepati, memang akan menyusahkan kita.

Contoh, aku tak rasa aku akan sesuai untuk kerja di makmal lagi. Semenjak aku praktikal di USM, aku rasa kerja di makmal memang sangat memenatkan. Ditambah lagi dengan kemungkinan aku akan dapat kerja-kerja 'tambahan' tanpa diberi sebarang imbuhan tambahan. Kat mana-mana pun akan ada yang nak mengamalkan cheap labor. Dengan keadaan ekonomi sekarang, siapa yang tak nak jimatkan kos kan. Graduan sekarang memang tambah dilema bila kursus yang mereka ambil di Universiti tak menjanjikan apa-apa peluang pekerjaan yang bagus-bagus. Pada masa nilah kita dapat tengok kesan jangka panjang selepas kita buat keputusan memasuki Universiti dengan kursus pilihan masing-masing. Kalau ada yang niat masuk Universiti atas sebab nak masuk Universiti semata-mata, itulah yang diorang akan dapat.

Tak mustahil graduan Sastera akan kerja di bank.

Semenjak aku bercuti panjang di rumah ni, ada je perubahan yang berlaku. PC kat rumah aku dah upgrade. Banyak masa aku dibazirkan dengan main game PC. Memang dah lama tak dapat, bila ada, gasak sepuas-puasnya. Bulan puasa rasa tak lapar langsung sebab ada teman baru kan..ahahahahahaha..

Laptop pun bertukar. Bukan beli baru tapi tukar dengan ayah aku punya. Laptop selim kecik molek DV2 aku tu dah diambik ayah aku atas sebab nak buat guna dalam sistem audio. Graphic card ATI yang ada dalam laptop aku tu lagi sesuai untuk kerja-kerja yang perlu dibuat so laptop pun dah bertukar sekarang. Acer tebal lagi berisi. Berat jangan ceritalah, haha tapi takpelah asal ada komputer mudah alih untuk aku buat apa-apa yang patut.


Malam ni pulak pak saudara, mak saudara & sepupu aku dah nak balik ke Johor semula. Dah hampir sebulan lebih tinggal di rumah atas sebab medical. Aduhai rumah makin sunyi. Keluarga abang dan kakak aku dah balik ke KL.

Aku entah bila nak balik KL.

-Syah Indra-

0 comments:

Post a Comment