Ceh macam cerita Harry Potter plak nak ada 2 part kan..hahahaha..
Anyway, ini adalah part 2 kepada catatan pra-graduasi 1..sila pergi ke part 1 supaya tak confuse..
Di sebalik kesusahan yang berbagai-bagai masa saya nak uruskan hal-ehwal permohonan melanjutkan pelajaran ke Indonesia, saya tetap jugak berusaha untuk isi pelbagai borang yang diperlukan. Ibu dan abang menjadi peneman ke sana ke mari. Buat sementara waktu, saya tinggal di rumah sewa abang yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Jadi buat masa itu, saya lebih familiar dengan suasana di Shah Alam berbanding Kuala Lumpur. Saya hanya kenal Kuala Lumpur dengan lebih dekat apabila hendak ke Jalan Raja Laut, pergi ke bangunan MARA. Saya dah lupa hari tersebut hari apa tapi semasa itu, keputusan UPU sudah pun keluar. Pemohon boleh menyemak laman web ataupun melalui SMS.
Kebetulan pada masa itu, saya, abang dan ibu ada di dalam tren menuju ke bangunan MARA. Kalau tak silap, Komuter KTM. Panggilan telefon dari kakak mengingatkan bahawa hari itu adalah hari untuk menyemak keputusan UPU. Saya tak berapa ambik kisah kerana sibuk dengan urusan MARA. Macam memang confirm untuk pergi ke Indonesia. Kerana hendak menurut kata kakak, saya pun menyemak keputusan UPU menggunakan SMS.
TAHNIAH, ANDA TELAH BERJAYA DITAWARKAN KE UNIVERSITI MALAYA. KURSUS : GENETIK DAN BIOLOGI MOLEKUL
Saya hanya melihat keputusan UPU dengan sambil lewa dan berjalan menuju ke bangunan MARA. Apabila bercakap ti telefon dengan kakak yang sibuk bertanya keputusan UPU, dia agak gembira kerana kursus Genetik itu memang sangat susah untuk ditawarkan kepada pemohon UPU. Saya seperti tiada perasaan untuk ke UM pada masa itu. Penangan tawaran oversea ke Indonesia dan dorongan parents.
Sangat tak acuh, hinggakan apabila surat dan borang tawaran UM sampai di rumah, saya buat tak tahu. Ayah pula menyuruh saya untuk mengisi saja borang-borang UM tu.
"Pergilah duduk di UM sementara tunggu tawaran doktor tu", saya masih ingat sebahagian kata-kata ayah.
Tanpa apply PTPTN, saya pun terus isi dan lengkapkan borang UM. Hati saya masih menghitung bilakah perlu untuk menghadiri kursus BTN, pra-syarat sebelum ke Indonesia. Jika semuanya berjalan lancar, saya sepatutnya akan menyambung pelajaran sebagai doktor di Indonesia kira-kira sebulan selepas tarikh kemasukan di UM.
Sadis. Tawaran dari universiti yang paling berprestij di Malaysia. Saya buat-buat tak wujud je. Niat asal masuk UM adalah lepak sementara menunggu kemasukan ke Indonesia. Genetik adalah kepakaran saya semasa di Matrikulasi. Benda yang paling mudah untuk difahami.
Saya pergi daftar di UM pun hanya ditemani abang dan kakak. Parents tak dapat nak hantar.
Daftar UM macam main-main je kan.
-Syah Indra-

0 comments:
Post a Comment